Carta Organisasi

Insurans Pekerjaan (EI)
Bahagian EI bertanggungjawab untuk memproses faedah-faedah kehilangan pekerjaan. Pegawai EI (EIO) akan menyiasat tuntutan faedah dan memproses bayaran. EIO juga akan membantu majikan dengan menyediakan rundingan sekiranya terdapat bilangan pemberhentian yang signifikan sebelum pemberhentian dilaksanakan. Bahagian ini turut memantau tren pemberhentian di dalam negara.

Perkhidmatan Pekerjaan (ES)
Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan menyediakan perkhidmatan pekerjaan (ES) kepada pencari kerja. Perkhidmatan ini termasuk penilaian profil kemahiran (termasuk ujian-ujian psikometrik), sahsiah individu, kaunseling kerjaya, carian kerja dan sokongan padanan kerja dan penempatan. ES melaksanakan pengurusan kes secara individu di mana setiap OB akan ditempatkan dengan seorang Pegawai Penempatan Pekerjaan yang bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan sokongan. Tambahan pula, ES turut mengadakan karnival pekerjaan dan karnival pekerjaan mini di seluruh Malaysia.
ES juga membantu majikan untuk mengisi kekosongan jawatan dengan pencari kerja yang bersesuaian melalui sesi temuduga yang diatur oleh ES.

Return-to-Work (RTW)
Bahagian RTW memberi fokus kepada orang yang menghidap penyakit dan orang kehilangan upaya yang mengalami kecederaan di tempat kerja atau penyakit yang terbit akibat pekerjaan. OB yang layak untuk menyertai program RTW akan menerima rehabilitasi fizikal dan mental dari pakar perubatan. Setelah kembali pulih, OB akan diletakkan di bawah seorang pengurus kes yang akan membantu kembali ke alam pekerjaan melalui pelbagai program seperti terapi pekerjaan, bantuan mobility dan latihan vokasional.

Perkhidmatan Maklumat dan Analisa Pekerjaan (EIAS)
Bahagian EIAS mentadbir dan menganalisis maklumat pasaran buruh dari pelbagai sumber data. Laporan yang dihasilkan akan digunakan untuk menilai keberkesanan perkhidmatan SIP dan mengesyorkan cadangan kepada Kerajaan berhubung promosi pekerjaan dan pengurangan pengangguran jangka panjang.