Kelayakan
Akta EIS
Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 meliputi semua pekerja yang:
- Warganegara Malaysia/ pemastautin tetap/ penduduk sementara
- Berumur 18-60
- Bekerja dalam sektor swasta dan mencarum kepada SIP
- Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
Faedah
Orang Berinsurans (OB) layak menerima faedah SIP sekiranya:
- Memohon dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan
- Memenuhi syarat kelayakan caruman (CQC) contoh Mempunyai bilangan caruman yang mencukupi
- Tidak bekerja mengikut definisi kehilangan pekerjaan di bawah Akta SIP
Kehilangan pekerjaan berlaku sekiranya kontrak perkhidmatan Orang Berinsurans (OB) telah ditamatkan atau menjadi tidak sah. Ini termasuk:
- Pemberhentian kerja biasa
- VSS/MSS (skim pemisahan sukarela/persefahaman bersama)
- Penutupan tempat kerja kerana bencana alam (force majeure)
- Bankrap atau penutupan perniagaan
- Pembuangan kerja secara konstruktif
- Peletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
- Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan
Berikut adalah bukan kehilangan pekerjaan:
- Pembuangan akibat salah laku pekerja
- Peletakan jawatan secara sukarela
- Persaraan
- Tamat tempoh kontrak perkhidmatan (termasuk tanpa terma atau penyiapan kerja)