Kursus Kehilangan Keupayaan
Certified Disability Management Professional (CDMP)
Pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini direka oleh National Institute of Disability Management and Research Canada (NIDMAR) yang diperkenalkan oleh PERKESO ke Malaysia pada tahun 2010. Kursus ini adalah sebagai panduan dalam program latihan pengurusan kehilangan upaya di seluruh dunia. Malaysia adalah negara yang pertama mengadaptasi pensijilan CDMP di rantau ASEAN.
Individu yang memperoleh pensijilan CDMP akan diiktiraf sebagai Pengurus Hilang Upaya profesional dengan kemahiran dan pengetahuan untuk membentuk dasar pengurusan kehilangan upaya yang komprehensif. Dasar ini termasuk pembangunan program, prosedur operasi, pengurusan kes, dan penilaian hasil.
Untuk meningkatkan penyertaan dari semua individu pelbagai latar belakang, pensijilan ini terbuka kepada semua dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sila layari laman web di sini untuk maklumat lanjut.
Certified Return to Work Coordinator (CRTWC)
Pensijilan ini adalah sama dengan CDMP, hanya berbeza kerana ia memberi tumpuan lebih kepada aspek operasi pengurusan kes. Peserta akan menerima arahan dalam bekerja dengan profesional lain, pengurusan kes dan sebagainya. Memperolehi pensijilan CRTWC memberi manfaat kepada majikan kerana ia meningkatkan moral dan produktiviti pekerja disamping mengurangkan kos majikan.
Malaysia mengadaptasi pensijilan CRTWC pada tahun 2010. Ia terbuka kepada semua dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sila layari laman web di sini untuk maklumat lanjut.