Mengenai Kami
Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2018 untuk menyediakan penggantian pendapatan kepada Orang Berinsurans (OB) yang kehilangan pekerjaan. OB yang memohon SIP akan menerima bantuan pekerjaan semula dari Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (ESO). Sebahagian daripada usaha mencari pekerjaan, OB dikehendaki untuk berdaftar dengan MyFutureJobs dan OB akan dipadankan dengan kekosongan jawatan yang bersesuaian. OB juga boleh memilih untuk menghadiri latihan kemahiran semasa menganggur atau selepas diambil bekerja dengan majikan baru yang mana ini adalah sebahagian daripada program pasaran buruh aktif SIP.
Objektif SIP
5 objektif utama Sistem Insurans Pekerjaan:

Menyediakan bantuan kewangan segera sebagai gantian pendapatan .

Menyediakan perkhidmatan pekerjaan melalui Program Penempatan Pekerjaan Semula

Bertindak sebagai broker pekerjaan untuk memadankan pencari kerja dan kekosongan jawatan berdasarkan kemahiran dan kompetensi

Melatih OB untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan oleh pasaran buruh

Menyediakan analisis pasaran buruh (LMI) kepada orang awam dan pembuat dasar