Fahami lebih lanjut tentang EIS dari segi akta dan faedahnya untuk Orang Berinsurans.
Cari pekerjaan impian atau tingkatkan kerjaya anda melalui portal pekerjaan nasional Malaysia.
Ketahui tentang program penempatan untuk meningkatkan kebolehpasaran pencari kerja.
Bantu Orang Berinsurans yang cedera atau sedang pulih untuk kembali bekerja awal, sihat dan selamat.
Naik taraf diri anda dengan kemahiran semula (reskilling) atau peningkatan kemahiran (upskilling).
Kenali diri anda dan uji pengetahuan anda dengan kuiz di dalam talian kami.
Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 meliputi semua pekerja yang:
Warganegara Malaysia/ pemastautin tetap/ penduduk sementara
Berumur 18-60
Bekerja dalam sektor swasta dan mencarum kepada SIP
Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
Orang Berinsurans (OB) layak menerima faedah SIP sekiranya:
Memohon dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan
Memenuhi syarat kelayakan caruman (CQC) contoh Mempunyai bilangan caruman yang mencukupi
Tidak bekerja mengikut definisi kehilangan pekerjaan di bawah Akta SIP
Kehilangan pekerjaan berlaku sekiranya kontrak perkhidmatan Orang Berinsurans (OB) telah ditamatkan atau menjadi tidak sah. Ini termasuk:
Pemberhentian kerja biasa
VSS/MSS (skim pemisahan sukarela/persefahaman bersama)
Penutupan tempat kerja kerana bencana alam (force majeure)
Bankrap atau penutupan perniagaan
Pembuangan kerja secara konstruktif
Peletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan
Berikut adalah bukan kehilangan pekerjaan:
Pembuangan akibat salah laku pekerja
Peletakan jawatan secara sukarela
Persaraan
Tamat tempoh kontrak perkhidmatan (termasuk tanpa terma atau penyiapan kerja)
Jika anda seorang profesional atau berkemahiran tinggi, anda boleh melayari senarai jawatan kosong berpendapatan tinggi kami di Senarai Jawatan Berkemahiran Tinggi .
Atau alternatif lain anda boleh mencari pekerjaan yang diinginkan berdasarkan nama jawatan dan lokasi di portal pekerjaan nasional, MYFutureJobs . Sebelum anda memulakan, berikut adalah panduan untuk carian kerja anda:
Nyatakan kemahiran, kompetensi, dan kelayakan yang relevan.
Jika anda boleh bekerja di tempat lain, disaran untuk menukar alamat lokasi anda dalam lingkungan 60km dari pejabat baru.
Memohon kekosongan jawatan yang anda minati untuk memaksimumkan peluang anda.
Dapatkan bantuan dari Pegawai Khidmat Pekerjaan di pejabat PERKESO berhampiran sekiranya perlu.
Perkhidmatan Pekerjaan menyediakan Program Penempatan Kerjaya dan Program Penempatan Semula Pekerjaan kepada OB dan pencari kerja untuk meningkatkan kebolehpekerjaan dan kebolehpasaran. Perkhidmatan pekerjaan akan membuat penilaian setiap profil pencari kerja dan memantau secara terperinci kesemua aktiviti pencari kerja sehingga mendapat pekerjaan semula dengan majikan melalui 6 langkah perkhidmatan pekerjaan.
Antara servis yang disediakan:
Kaunseling kerjaya merangkumi khidmat nasihat dan sokongan emosi kepada pencari kerja bagi meningkatkan motivasi dalam usaha mencari pekerjaan yang bersesuaian.
Setiap individu akan diletakkan di bawah seorang Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan yang akan memantau aktiviti pencarian pekerjaan termasuk menyediakan khidmat nasihat dan sokongan.
Setiap individu akan dibantu dalam pencarian pekerjaan melalui portal MYFutureJobs.
Setiap individu akan dinilai oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan dari segi kemahiran dan minat untuk dipadankan dengan pekerjaan yang bersesuaian.
Program kebolehpekerjaan bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri pencari kerja melalui kursus seperti asas komunikasi, membentuk sahsiah diri dan persediaan menghadapi temuduga.
Menyediakan program latihan dan vokasional termasuk pembangunan kemahiran, kemahiran semula dan meningkatkan kemahiran daripada penyedia latihan yang bertauliah. Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan boleh mengesyorkan OB yang layak untuk menyertai mana-mana program latihan yang bersesuaian.
Ekoran kadar pengangguran yang tinggi di kalangan belia, SIP juga memperkenalkan Graduate Empowerment Program (GEP) yang bertujuan meningkatkan kebolehpekerjaan siswazah. Siswazah di semester akhir boleh menerima bantuan penempatan pekerjaan termasuk penilaian kemahiran, kaunseling kerjaya, bengkel temuduga dan latihan vokasional dari Perkhidmatan Pekerjaan SIP.
Hubungi kami untuk butiran lanjut di 1-300-22-8000
Bahagian Return-to-Work (RTW) berperanan dalam memulihkan orang kehilangan upaya atau pekerja yang mengalami kecederaan atau penyakit yang terbit akibat pekerjaan untuk meningkatkan kualiti hidup.
Perkhidmatan rehabilitasi boleh didapati di Pusat Rehabilitasi PERKESO di Melaka atau 146 pusat pemulihan di seluruh negara.
Rawatan yang disediakan adalah termasuk:
Terapi untuk masalah pernafasan, pergerakan, kardiologi, neurologi dan sensori
Terapi pertuturan
Terapi kebakaran
Pengurusan kesakitan
Kaunseling Psikologi
Setelah menerima pemulihan fizikal dan mental yang berasaskan konsep biopsikososial dari pakar perubatan, mereka akan menerima bantuan sokongan daripada pengurus kes untuk kembali ke alam pekerjaan.
Pengurus kes akan merujuk kepada Unit Terapi Pekerjaan sekiranya pesakit memerlukan terapi pekerjaan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas biasa di tempat kerja. Pengurus kes boleh mengesyorkan pesakit untuk mendapatkan bantuan alat prostetik dan latihan vokasional.
Pengurus kes memberikan bantuan berikut:
Mendapatkan terapi pekerjaan
Mengesyorkan alat-alat prostetik atau bantuan mobiliti
Latihan vokasional
Penempatan pekerjaan
Sokongan tempat kerja khas
Sila layari Laman web RTW untuk maklumat lanjut berkenaan program ini.
SIP menyediakan latihan vokasional dengan tujuan untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja. Orang Berinsurans (OB) yang berminat untuk mengikuti latihan boleh mendapatkan nasihat daripada Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (ESO) atau anda boleh login Portal Faedah SIP untuk maklumat lanjut.
Lihat Senarai Pembekal Latihan kami untuk melihat senarai kursus yang tersedia, kos, bilangan hari dan syarikat yang menyediakan latihan.
Yuran latihan dibayar terus kepada penyedia latihan, manakala penerima latihan yang layak boleh menerima insentif kewangan.
Penerima Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang layak boleh dirujuk mengikuti latihan kemahiran vokasional setelah mendapatkan nasihat daripada ESO
Fi latihan adalah sebanyak RM4,000 yang ditanggung oleh SIP
Insentif yang dibayar pada kadar harian sebanyak RM10-20 berdasarkan gaji yang diterimanya
Orang Berinsurans hendaklah menghadiri sesi latihan bagi melayakkan bayaran
Pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini direka oleh National Institute of Disability Management and Research Canada (NIDMAR) yang diperkenalkan oleh PERKESO ke Malaysia pada tahun 2010. Kursus ini adalah sebagai panduan dalam program latihan pengurusan kehilangan upaya di seluruh dunia. Malaysia adalah negara yang pertama mengadaptasi pensijilan CDMP di rantau ASEAN.
Individu yang memperoleh pensijilan CDMP akan diiktiraf sebagai Pengurus Hilang Upaya profesional dengan kemahiran dan pengetahuan untuk membentuk dasar pengurusan kehilangan upaya yang komprehensif. Dasar ini termasuk pembangunan program, prosedur operasi, pengurusan kes, dan penilaian hasil.
Untuk meningkatkan penyertaan dari semua individu pelbagai latar belakang, pensijilan ini terbuka kepada semua dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Sila layari Laman web RTW untuk maklumat lanjut.
Pensijilan ini adalah sama dengan CDMP, hanya berbeza kerana ia memberi tumpuan lebih kepada aspek operasi pengurusan kes.
Peserta akan menerima arahan dalam bekerja dengan profesional lain, pengurusan kes dan sebagainya. Memperolehi pensijilan CRTWC memberi manfaat kepada majikan kerana ia meningkatkan moral dan produktiviti pekerja disamping mengurangkan kos majikan.
Malaysia mengadaptasi pensijilan CRTWC pada tahun 2010. Ia terbuka kepada semua dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Sila layari Laman web RTW untuk maklumat lanjut.
O*NET Interest Profiler boleh membantu anda mengetahui minat anda dan apakah kaitan dengan dunia pekerjaan. Ia dapat membantu anda mengenalpasti jenis kerjaya yang mungkin anda ingin terokai.
Bina ProfailThis page includes information from the O*NET Career Exploration Tools by the U.S. Department of Labor, Employment and Training Administration (USDOL/ETA). Used under the CC BY-ND 4.0 license.
Untuk berjaya di dalam temuduga terdapat banyak perkara yang dapat diamalkan semasa menghadiri temuduga. Cuba kuiz ini untuk menguji pengetahuan anda tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa temu duga.
Uji SekarangTerdapat teori mencadangkan bahawa orang yang dominan dengan otak kanan adalah lebih emosi dan intuitif, manakala orang yang dominan dengan otak kiri bertindak balas dengan cara yang logik.
Kiri atau Kanan