Pengenalan

 

Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2018 untuk menyediakan penggantian pendapatan kepada Orang Berinsurans (OB) yang kehilangan pekerjaan. OB yang memohon SIP akan menerima bantuan pekerjaan semula dari Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan (ESO). Sebahagian daripada usaha mencari pekerjaan, OB dikehendaki untuk berdaftar dengan EISJobs dan OB akan dipadankan dengan kekosongan jawatan yang bersesuaian. OB juga boleh memilih untuk menghadiri latihan kemahiran semasa menganggur atau selepas diambil bekerja dengan majikan baru yang mana ini adalah sebahagian daripada program pasaran buruh aktif SIP.


 

Objektif SIP

5 objektif utama Sistem Insurans Pekerjaan:


 
obInsurance

Menyediakan bantuan kewangan segera sebagai gantian pendapatan .


 
obService

Menyediakan perkhidmatan pekerjaan melalui Program Penempatan Pekerjaan Semula


 
obBrokerage

Bertindak sebagai broker pekerjaan untuk memadankan pencari kerja dan kekosongan jawatan berdasarkan kemahiran dan kompetensi


 
obTrain

Melatih OB untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan oleh pasaran buruh


 
obLabor

Menyediakan analisis pasaran buruh (LMI) kepada orang awam dan pembuat dasar