Permohonan Latihan

MEMOHON LATIHAN

SIP menyediakan latihan vokasional kepada pemohon yang layak. Fi latihan sebanyak RM4,000 akan ditanggung oleh SIP. Penerima latihan yang menghadiri semua sesi latihan mereka juga boleh menerima insentif kewangan. Sila membuat permohonan latihan DI SINI.


PENYEDIA LATIHAN

SIP membuka peluang kepada penyedia latihan baru untuk menawarkan pelbagai kursus berkualiti kepada Orang Berinsurans (OB). Untuk bekerjasama dengan kami, sila rujuk PANDUAN dan mendaftar sebagai penyedia latihan anda DI SINI.


TATACARA PERMOHONAN OLEH PENYEDIA LATIHAN

Berikut adalah tatacara permohonan sebagai Penyedia Latihan.

LANGKAH

TINDAKAN

Langkah 1:

Membuat permohonan di Portal Penyedia Latihan PERKESO di laman sesawang: https://eis.perkeso.gov.my/eisportal/trainingProvider/login.

Langkah 2:

Melengkapkan dan memuatnaik semua dokumen diperlukan di sistem.

Langkah 3:

Mendaftarkan sekurang – kurangnya satu kursus di sistem.

Langkah 4:

Hantar permohonan.

Langkah 5:

Pegawai Latihan akan e-mel Templat Kursus dan Borang Pengiraan Kos Kursus Jangka Pendek PERKESO ke alamat e-mel penyedia latihan.

Langkah 6:

Penyedia Latihan e-mel Templat Kursus dan Borang Pengiraan Kos Kursus Jangka Pendek PERKESO bersama contoh pensijilan kursus, surat komitmen majikan (jika perlu/bagi Program PenjanaKerjaya 3.0) dan dokumen lain berkaitan ke e-mel latihanvokasional@perkeso.gov.my. Senarai semak bagi maklumat yang perlu dilampirkan adalah seperti berikut:

1. Templet Senarai Kursus (dalam bentuk format excel).

2. Borang Pengiraan Kos Kursus Jangka Pendek PERKESO (bagi setiap kursus ditawarkan).

3. Contoh/bukti Pensijilan Kursus Profesional/Kompetensi (bagi setiap kursus ditawarkan).

4. Surat komitmen dari majikan bagi kursus softskill seperti kursus berbentuk pengurusan, komunikasi, bahasa, khidmat pelanggan, kepimpinan, keusahawanan, dan pemasaran digital).

5. Profil penceramah/pengajar bagi kursus berkaitan.

6. Dokumen sokongan lain berkaitan (surat koloborasi bersama badan pensijilan dan kandungan kursus).

Langkah 7:

Pembentangan kursus penyedia latihan ke Mesyuarat Jawatankuasa Latihan untuk kelulusan oleh urusetia latihan.

Langkah 8:

Urusetia akan memaklumkan keputusan kursus/mesyuarat kepada penyedia latihan dalam tempoh 14 hari selepas Mesyuarat Jawatankuasa Latihan melalui e-mel.

Langkah 9:

Pegawai Latihan muatnaik kursus yang lulus ke dalam Sistem PenjanaKerjaya 3.0 dan dan akan e-mel salinan kelulusan kursus kepada penyedia latihan (bagi Program PenjanaKerjaya 3.0) dalam tempoh 5 hari bekerja bagi pihak penyedia latihan. Bagi Program SIP Penyedia Latihan kemaskini/daftar kursus lulus merujuk keputusan jawatankuasa di Portal Penyedia Latihan PERKESO.

Langkah 10:

Majikan (lulus hiring incentive) buat permohonan latihan (Program PenjanaKerjaya 3.0). Orang Berinsurans (OB) buat permohonan latihan (Program SIP).