Program Return-to-Work
Bahagian Return-to-Work (RTW) berperanan dalam memulihkan orang kehilangan upaya atau pekerja yang mengalami kecederaan atau penyakit yang terbit akibat pekerjaan untuk meningkatkan kualiti hidup. Setelah menerima pemulihan fizikal dan mental yang berasaskan konsep biopsikososial dari pakar perubatan, mereka akan menerima bantuan sokongan daripada pengurus kes untuk kembali ke alam pekerjaan.
Perkhidmatan rehabilitasi boleh didapati di Pusat Rehabilitasi PERKESO di Melaka atau 146 pusat pemulihan di seluruh negara. Sila layari di sini untuk maklumat lanjut.
Rawatan yang disediakan adalah termasuk:
Pengurus kes akan merujuk kepada Unit Terapi Pekerjaan sekiranya pesakit memerlukan terapi pekerjaan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas biasa di tempat kerja. Pengurus kes boleh mengesyorkan pesakit untuk mendapatkan bantuan alat prostetik dan latihan vokasional.
Pengurus kes memberikan bantuan berikut: