Soalan Lazim

Faedah Kewangan

1Apakah syarat–syarat seorang pekerja layak diliputi dibawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan?
Akta Sistem Insurans Pekerjaan meliputi semua pekerja yang:
  1. Merupakan warganegara Malaysia/pemastautin tetap/penduduk sementara
  2. Berumur 18-60*
  3. Bekerja dalam sektor swasta*
  4. Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
2Saya telah kehilangan pekerjaan. Adakah saya layak untuk memohon tuntutan faedah SIP?
Syarat membuat tuntutan faedah SIP:
  1. Dalam tempoh 60 hari dari tarikh kehilangan pekerjaan berlaku
  2. Memenuhi syarat kelayakan caruman (CQC)
  3. Memenuhi definisi kehilangan pekerjaan di bawah Akta SIP 2017

Definisi kehilangan pekerjaan merangkumi:
  • Pembuangan kerja atas apa-apa sebab
  • VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
  • Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
  • Bankrap atau penutupan tempat kerja
  • Pembuangan kerja konstruktif
  • Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
  • Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan

Situasi berikut TIDAK layak sebagai kehilangan pekerjaan:
  • Pembuangan akibat salah laku pekerja
  • Peletakan jawatan secara sukarela oleh pekerja
  • Persaraan
  • Tamat tempoh kontrak perkhidmatan (termasuk tanpa terma dan penyiapan kerja)
3Bagaimanakah cara saya hendak membuat permohonan tuntutan faedah SIP sekiranya saya telah kehilangan pekerjaan?
Permohonan tuntutan faedah SIP boleh dibuat secara talian di Portal SIP ataupun hadir sendiri di mana-mana kaunter pejabat PERKESO yang berhampiran dengan anda.
4Apakah dokumen sokongan yang diperlukan semasa permohonan tuntutan faedah SIP dikemukakan?
Setiap permohonan tuntutan faedah SIP perlulah mengemukakan dokumen penting iaitu menyertakan:
  1. Salinan KPPN
  2. Bukti kehilangan pekerjaan, contohnya surat penamatan kerja
  3. Salinan maklumat akaun bank
  4. Slip gaji untuk 6 bulan sebelum tarikh kehilangan pekerjaan
  5. Surat tawaran pekerjaan
5Bagaimanakah caranya mengemukakan dokumen bercetak semasa membuat permohonan secara atas talian?
Dokumen asal perlulah diimbas dan dimuatnaik ke Portal SIP dengan menggunakan pautan yang telah disediakan dalam borang permohonan secara talian.
6Apakah tindakan yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat masalah teknikal semasa permohonan di atas talian dibuat?
Pengguna Portal yang mengalami masalah semasa sedang dalam talian elektronik diminta menghubungi segera talian 1 300 22 8000 atau menerusi emel eis@perkeso.gov.my bagi mendapatkan bantuan nasihat awal daripada Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Perkeso (CRM).
7Apakah tindakan yang perlu saya ambil sekiranya terdapat kesilapan dalam permohonan yang telah dikemukakan?
Sekiranya terdapat kesilapan mengemaskini maklumat peribadi di Portal Online seperti alamat kediaman, nombor telefon dan alamat emel, pihak anda bolehlah melayari Portal SIP untuk pindaan pengemaskinian semula maklumat yang tepat. Sekiranya wujud kesilapan berulang yang tidak boleh dipinda, anda boleh menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan (CRM) di talian 1 300 22 8000 atau menerusi emel eis@perkeso.gov.my untuk maklumat nasihat lebih lanjut.
8Bagaimanakah cara menyemak status permohonan yang telah didaftarkan melalui Portal SIP?
Semakan kes yang telah didaftarkan melalui Portal online boleh dibuat dengan menggunakan kes ID pengguna dan kata laluan dengan cara log masuk ke Portal SIP.
9Permohonan saya telah ditolak oleh Pegawai SIP disebabkan tidak layak. Adakah saya dibenarkan untuk membuat rayuan bagi kes sedemikian?
Sebarang kes permohonan SIP yang telah ditolak boleh membuat rayuan kepada Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan dengan mendapatkan borang JRKS yang boleh diperolehi secara percuma di mana-mana pejabat PERKESO seluruh negara.
10Saya seorang pekerja yang pernah hilang pekerjaan dan menerima faedah SIP. Adakah saya layak untuk memohon faedah SIP untuk kali kedua? Sekiranya saya layak, apakah syarat-syarat yang perlu dipatuhi?
Anda layak untuk membuat permohonan kali kedua sekiranya anda memenuhi syarat-syarat kelayakan caruman yang ditetapkan. Sila beri perhatian kepada Syarat Kelayakan Caruman (CQC) kerana kelayakan CQC akan berubah dengan sendirinya untuk setiap permohonan seterusnya.
11Berapakah jumlah bayaran faedah SIP yang saya layak untuk terima?
Kadar bayaran dikira berdasarkan gaji anggapan. Anda dapat menganggar jumlah bayaran dengan menggunakan Kalkulator Faedah kami.

Bantuan Pencarian Pekerjaan

1Bagaimana cara untuk menyertai Program Penempatan Pekerjaan Semula?
Program Penempatan Pekerjaan Semula terbuka kepada semua. Sila berdaftar di sini.

Terdapat 6 kategori Orang Berinsurans iaitu:
  • EIS Plus – Orang Berinsurans yang disahkan kehilangan pekerjaan dan layak menerima faedah SIP.
  • EIS – Orang Berinsurans yang disahkan kehilangan pekerjaan tetapi tidak layak menerima faedah SIP.
  • SOCSO Contributors – Pencarum PERKESO yang memerlukan bantuan perkhidmatan pekerjaan tetapi tidak tertakluk dibawah Akta SIP.
  • Public – Orang yang tidak mencarum tetapi memerlukan bantuan pencarian pekerjaan.
  • DM – Orang Berinsurans yang berdaftar dibawah Program Return to Work.
  • RIA –Orang Berinsurans yang mempunyai lebih daripada satu majikan dan kehilangan salah satu pekerjaan yang memerlukan bantuan di bawah Program Penempatan Pekerjaan Semula.
2Apakah syarat kelayakan yang diperlukan untuk menyertai Program Penempatan Pekerjaan Semula?
Syarat kelayakan adalah seseorang itu mestilah boleh dan bersedia untuk bekerja dan mencari pekerjaan secara aktif seperti yang termaktub dibawah Seksyen 44(2)(b) Akta SIP.
3Adakah Orang Berinsurans boleh menyertai Program Penempatan Semula Pekerjaan bagi mereka yang masih mempunyai pekerjaan dibawah majikan yang berlainan?
Ya, Orang Berinsurans masih boleh mendaftar untuk Program Penempatan Semula Pekerjaan dan harus mengikuti Pelan Komitmen Pekerjaan (ECP) yang telah ditetapkan.
4Bolehkah Orang Berinsurans yang mengandung / tempoh berpantang boleh menyertai Program dan menerima Faedah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)?
Ya. Orang Berinsurans yang mengandung / tempoh berpantang boleh menyertai program. Walaubagaimanapun, ECP adalah tertakluk kepada aktiviti minima yang boleh diikuti oleh Orang Berinsurans.
5Apakah penglibatan Orang Berinsurans dalam Program Penempatan Pekerjaan?
Bagi Orang Berinsurans yang telah bersetuju untuk menyertai Program Penempatan Pekerjaan Semula perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pencarian pekerjaan yang telah dirangka dan dipersetujui bersama Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan. Antara aktiviti yang perlu dilakukan oleh Orang Berinsurans adalah menghadiri temuduga, melakukan pencarian pekerjaan, menghadiri karnival kerjaya atau mana-mana aktiviti yang berkaitan dengan penempatan pekerjaan.
6Apakah itu Pelan Komitmen Pekerjaan (ECP)?
Pelan Komitmen Pekerjaan ialah pelan pencarian pekerjaan yang perlu dipatuhi oleh Orang Berinsurans yang berdaftar dengan Program Penempatan Semula Pekerjaan Perkeso. Pelan ini dirangka khusus mengikut keperluan setiap Orang Berinsurans bagi meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan
7Apakah akibatnya sekiranya saya gagal / tidak mematuhi Pelan Komitmen Pekerjaan?
Orang Berinsurans yang gagal/tidak mematuhi Pelan Komitmen Pekerjaan akan menyebabkan faedah kewangan yang diterima boleh digantung. Selain daripada itu, Program Penempatan Semula Pekerjaan yang sedang dijalani oleh Orang Berinsurans juga boleh ditamatkan.
8Orang Berinsurans yang gagal/tidak mematuhi Pelan Komitmen Pekerjaan akan menyebabkan faedah kewangan yang diterima boleh digantung. Selain daripada itu, Program Penempatan Semula Pekerjaan yang sedang dijalani oleh Orang Berinsurans juga boleh ditamatkan.
Aktiviti-aktiviti pencarian pekerjaan adalah termasuk:
  1. Pencarian pekerjaan melalui:
    • Internet
    • Akhbar
  2. Permohonan Pekerjaan
  3. Menghadiri sesi temuduga termasuk temuduga terbuka
  4. Menghadiri karnival kerjaya
  5. Menghadiri bengkel kebolehpekerjaan (Employability)
  6. Latihan
9Apakah yang akan berlaku sekiranya Orang Berinsurans didapati memalsukan dokumen bukti pencarian pekerjaan?
Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan akan mengesyorkan penggantungan faedah Orang Berinsurans.
10Sekiranya saya ingin bekerja sendiri, bolehkah saya mendapat faedah kewangan yang ditawarkan oleh Perkeso?
Orang Berinsurans yang telah kembali bekerja sendiri tidak layak menerima Faedah Early Re-Employment Allowance (ERA). Walaubagaimanapun, sekiranya Orang Berinsurans mematuhi syarat kelayakan untuk menerima faedah EMP, adalah layak untuk dibayar faedah EMP.
11Apakah yang akan berlaku sekiranya saya menolak tawaran pekerjaan dalam tempoh saya menyertai Program Penempatan Pekerjaan Semula?
Orang Berinsurans boleh menolak tawaran pekerjaan dibawah jika mempunyai alasan yang munasabah bagi penolakan itu, dan hendaklah dimaklumkan kepada Pertubuhan mengenai penolakannya untuk menerima tawaran itu. Sekiranya alasan yang diberikan adalah tidak munasabah, Pertubuhan boleh gantung bayaran faedah tersebut.
12Adakah Orang Berinsurans perlu melaporkan kepada PERKESO sekiranya telah menerima tawaran kerja?
Orang Berinsurans yang menerima tawaran pekerjaan perlu memaklumkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan dalam masa 2 hari dari penerimaan tawaran tersebut, sekiranya mendapat pekerjaan dalam tempoh menunggu. Sekiranya Orang Berinsurans menerima tawaran pekerjaan dalam tempoh menerima faedah EMP, makluman kepada Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan perlu dilakukan dalam tempoh 7 hari dari penerimaan tawaran tersebut.
13Apakah syarat kelayakan untuk menyertai Latihan?
Kemudahan Latihan SIP hanya layak diberikan kepada penerima faedah SIP (EIS Plus) sahaja. Namun ianya tertakluk kepada kos pembiayaan maksimum sehingga RM4,000.
14Bagaimana cara untuk saya menyertai kemudahan Latihan yang ditawarkan dalam Program Penempatan Pekerjaan Semula?
Permohonan boleh dilakukan melalui Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan mengikut syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.
15Di manakah saya boleh mendapatkan senarai kursus yang ditawarkan di bawah Program Latihan SIP?
Senarai kursus latihan boleh didapati di sini.
16Kenapa perlunya saya berdaftar dengan EIS Jobs?
EIS Jobs merupakan portal yang menghubungkan majikan dengan pencarum / peserta Program Penempatan Pekerjaan dan menawarkan peluang-peluang pekerjaan yang terkini daripada majikan. Portal ini dapat membantu pencarum untuk memperoleh pekerjaan berpadanan dengan keperluan pencarum itu sendiri.
17Apakah perbezaan diantara EIS Jobs dengan portal pekerjaan yang lain?
Keunikan EIS Jobs adalah ia memberi penekanan kepada konsep Job Matching dimana pencarum akan dipadankan dengan peluang pekerjaan berdasarkan pada kehendak pencarum itu sendiri.
18Apakah kelebihan yang diperoleh sekiranya saya menyertai Program Penempatan Pekerjaan Semula?
Program Penempatan Pekerjaan Semula PERKESO adalah berkonsepkan pengurusan kes secara individu. Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan akan memantau proses pencarian pekerjaan secara aktif bagi membantu OB untuk kembali bekerja semula. Pemantauan yang dilakukan adalah dari mula pencarum itu berdaftar di bawah program sehingga pencarum itu berjaya kembali semula ke alam pekerjaan.

Pemulihan

1Apakah Program Return-to-Work?
Program Return to Work merupakan satu program rehabilitasi yang komprehensif dan merangkumi pemulihan secara biopsikososial yang akan menangani masalah yang dihadapi oleh Orang Berinsurans PERKESO. Program ini meliputi pemulihan secara fizikal, psikologi dan sosial seorang pekerja yang menghidapi penyakit ataupun mengalami bencana kerja.
2Mengapa PERKESO memperkenalkan Program Return-to-Work?
PERKESO percaya bahawa tidak cukup untuk penerima manfaat untuk menerima manfaat kewangan. Kami percaya ia adalah penting untuk memulihkan mereka kepada kesihatan fizikal dan mental sepenuhnya agar mampu menjadi ahli masyarkat yang berfungsi sekali lagi. Dengan ini, ia akan meningkatkan kualiti hidup dan membantu memiliki keyakinan semula.
3Apakah peranan seorang pengurus kes?
Setiap orang berinsurans akan ditugaskan seorang kes manager, di mana beliau akan bertanggungjawab untuk merancang program pemulihan yang diperibadikan berdasarkan keadaan unik orang berinsurans. Program pemulihan bertujuan untuk mengurangkan impak kecederaan dan menyediakan orang berinsurans untuk kembali ke alam pekerjaan.
4Apakah jenis pemulihan yang disediakan dalam Program Return-to-Work?
Servis disediakan:
  • Terapi untuk masalah pernafasan, pergerakan, kardiologi, neurologi dan sensori
  • Terapi pertuturan
  • Terapi kebakaran
  • Pengurusan kesakitan
  • Kaunseling
  • Terapi Cara Kerja
  • Prostetik atau bantuan mobiliti
  • Latihan vokasional
  • Penempatan pekerjaan
  • Bimbingan Pekerjaan
5Dimanakah rawatan pemulihan di bawah Program Return-to-Work boleh diperoleh?
Rawatan pemulihan boleh diperolehi di Pusat Rehabilitasi PERKESO Sdn Bhd yang telah dibina di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, Melaka. Pusat ini telah mula beroperasi pada 1 Oktober 2015 dan menyediakan program rehabilitasi secara fizikal dan vokasional yang komprehensif bagi mengembalikan semula Orang Berinsurans ke alam pekerjaan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup. Di samping itu, rawatan juga boleh diperolehi di pembekal rehabilitasi yang dilantik di seluruh negara (sila layari laman web rtwsocso.weebly.com).
6Bagaimana ingin menyertai Program Return-to-Work dan mendapatkan perkhidmatan ini?
Sila kunjungi Pejabat PERKESO yang terdekat atau menghubungi Ibu Pejabat di talian 03-2687 2600.