Taksonomi Pekerjaan & Kemahiran
Nota: Carian Pekerjaan hanya
terdapat dalam versi English
Gambaran Keseluruhan
Taksonomi adalah sains mengklasifikasikan sesuatu atau konsep berdasarkan sifat dan hubungannya antara satu sama lain.
Di EIS, kami memfokuskan pada taksonomi kemahiran, pekerjaan, kelayakan, dan kecekapan.
MSOC: Taksonomi Tempatan Kami
Taksonomi kami dikenali sebagai Malaysian Skills, Occupations, Qualifications, and Competences (MSOC).
MSOC mengelaskan:
Pekerjaan contoh peguam, pensyarah, jururawat Kemahiran contoh Adobe Photoshop, kerja kayu, pemikiran kritis
Pendidikan dan Latihan contoh kursus perakaunan, Sarjana Muda Sains Kimia, Sage X3
Sektor industri contoh pembuatan, perlombongan, pembinaan
Mengapa membangunkan Pengurus Taksonomi?
Untuk memastikan padanan kerja yang berkesan Pencari kerja dipadankan dengan jawatan kosong berdasarkan kemahiran dan kelayakan sebenar mereka
Pencarian kata kunci sudah ketinggalan zaman dan tidak tepat
Untuk membolehkan kajian sistematik pasaran buruh
Penyelidik perlu menggunakan sekumpulan istilah yang sama untuk saling memahami
Memahami Klasifikasi Pekerjaan dan Tahap Pendidikan
- Maklumat di bawah adalah panduan untuk klasifikasi pekerjaan mengikut tahap pendidikan dan tahap upah (median). Ini akan membantu dalam memahami faktor-faktor seperti jurang kemahiran, perbezaan dalam tahap pendidikan yang diperlukan, dan bidang pengajaran yang tidak sesuai yang membawa kepada ketidakpadanan pekerjaan.
- Seseorang itu mestilah mempunyai minimum suatu diploma, ijazah atau sarjana untuk memasuki mana-mana kategori 3 pekerjaan utama iaitu Pengurus, Profesional, Juruteknik dan Profesional Bersekutu (Eksekutif).
- Individu yang bekerja dalam kategori pekerjaan 4000 hingga 8000 harus mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan bukan siswazah misalnya SPM atau STPM. Pekerja asas (kumpulan 9000) tidak memerlukan sebarang kelayakan pendidikan.
- Gaji (median) untuk setiap kategori pekerjaan ditunjukkan mengikut lajur paling kanan.
- Gaji minimum bagi semua kategori pekerjaan ialah RM1,100.
- Layari ESCO untuk maklumat lanjut mengenai klasifikasi pekerjaan.
Catatan:
- NER merujuk kepada 2018 National Employment Returns yang dijalankan oleh ILMIA dan MoHR.
- EIS merujuk kepada Data Kehilangan Pekerjaan tahun 2018 yang dikumpulkan oleh Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
- DOSM merujuk kepada Laporan Gaji dan Upah tahun 2018 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
KOD ESCO | 9 KATEGORI UTAMA PEKERJAAN | MINIMUM KELAYAKAN KEMASUKAN (ISCED-11) |
TAHAP PENDIDIKAN | GRADUAN / BUKAN GRADUAN | PENARAFAN MALAYSIA DAN SETARAF | GAJI MEDIAN (RM) | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
NER | DOSM | EIS | ||||||
1000 | PENGURUS | Diploma atau setaraf | 5 | PEKERJAAN LEPASAN UNIVERSITI (PMET) | Diploma/ Diploma Lanjutan/ DVM/ DKM L-4/ DLKM L-5/ Diploma Politeknik | 6,100 | 6,676 | 6,100 |
Ijazah atau setaraf | 6 | Ijazah Sarjana Muda/ Sijil Graduan / Graduan Diploma/ Diploma Lanjutan | ||||||
Sarjana atau setaraf | 7 | Ijazah Sarjana/ Sijil Pasca Siswazah / Diploma Pasca siswazah | ||||||
Kedoktoran (PhD) | 8 | PhD | ||||||
2000 | PROFESSIONALS | Ijazah atau setaraf | 6 | Ijazah Sarjana Muda/ Sijil Graduan / Graduan Diploma/ Diploma Lanjutan | 4,000 | 4,814 | 4,088 | |
Sarjana atau setaraf | 7 | Ijazah Sarjana/ Sijil Pasca Siswazah / Diploma Pasca Siswazah | ||||||
Kedoktoran (PhD) | 8 | PhD | ||||||
3000 | TEKNIKAL DAN PROFESIONAL BERSEKUTU (EKSEKUTIF) | Diploma atau setaraf | 5 | Diploma/ Diploma Lanjutan/ DVM/ DKM L-4/ DLKM L-5/ Politeknik Diploma atau bersamaan TVET atau lesen atau sijil profesional | 2,805 | 3,022 | 2,948 | |
4000 | PEKERJA SOKONGAN PERKERANIAN | STPM (A-Level); atau SPM (O-Level); atau PMR/ PT3 atau setaraf | 4, 3, 2 | PEKERJAAN BUKAN LEPASAN UNIVERSITI | STPM (A-Level)/ STAM/ Matrikulasi/ Asasi/ CIDB/ ILKA/ ILKS Sijil; SPM (O-Level)/ Giat MARA Sijil/ SVM/ SKM L1-L3/ PMR / SRP / LCE/ SRA/ sijil TVET lain | 2,050 | 2,093 | 1,946 |
5000 | PEKERJA PERKHIDMATAN DAN JUALAN | 1,744 | 1,695 | 1,561 | ||||
6000 | PEKERJA MAHIR PERTANIAN, PERHUTANAN, PENTERNAKAN, DAN PERIKANAN | 1,800 | 1,539 | 1,830 | ||||
7000 | PEKERJA KEMAHIRAN DAN PEKERJA PERTUKANGAN YANG BERKAITAN | 1,919 | 1,770 | 1,833 | ||||
8000 | OPERATOR MESIN DAN LOJI, DAN PEMASANG | 1,710 | 1,738 | 1,897 | ||||
9000 | PEKERJA ASAS | Sekolah rendah atau ke bawah | 1 | Sekolah rendah / tiada pengalaman pendidikan | 1,241 | 1,329 | 1,435 |
Nota: Carian Pekerjaan hanya
terdapat dalam versi English
Keseluruhan